Kawan-kawan setia

Isnin, 5 Mei 2008

Contohi sikap tok Guru Nik Aziz terhadap hiburan

Seperti saya bincangkan tentang hal hiburan dan artis dalam artikel sebelum ini, saya masih keliru dengan sikap masyarakat terhadap artis dan hiburan. Untuk menghilangkan keliru berpanjangan saya lebih selesa mencontohi sikap tok Guru Nik Aziz terhadap hiburan. Dalam berita terbaru Harakah, kita dapat lihat betapa mesra tok Guru Nik Aziz melayani seorang roker yang tersohor Amy Search. Dari riak Tok Guru tiada langsung rasa hinanya seseorang artis hatta kepada seorang roker yang menjadi sasaran tohmahan masyarakat. Mereka adalah manusia biasa yang mencari rezki dengan memperdengarkan suara lunak yang dianugerahkan Ilahi kepada masyarakat. Rock, dangdut, dondang sayang, hip hop, balada, Asli dan bermacam-macam lagi cuma melodi-melodi yang dijenamakan dengan berbagai jenama. Mungkin anda semua masih ingat beberapa tahun dahulu, kerajaan Kelantan telah menjemput artis-artis tersohor dalam program sempena pelancaran Kota Bharu bandaraya Islam dan yang istimewanya turut ditontoni oleh Tok Guru Nik Aziz dengan berpakaian seperti selalunya iaitu jubah. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Tok Guru bahawa artis adalah sama seperti kita semua, yang hina bukan sebab dia artis tetapi sikap, cara hidup dan perangai yang di bawanya. Hiburan termasuk nyanyian dan muzik adalah harus selagi tidak dipersembahkan dalam situasi bertentangan dengan syarak.

1 ulasan:

perhati.pantau berkata...

Tariklah minat individu kepada Islam dengan lembut.....