Kawan-kawan setia

Sabtu, 17 Mei 2008

Dari blog Cina Islam

Perak buktikan sebagai negeri berkebajikan
IPOH, 16 Mei 2008:- Satu kenyataan daripada pejabat Menteri Besar telah membuktikan bahawa slogan negeri berkebajikan telah dapat direalisasikan dalam tempoh tidak sampai 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM1 juta untuk mengurangkan beban 5000 orang warga Perak yang di kategorikan sebagai miskin tegar. Bererti seorang yang dipilih untuk menerima bantuan tersebut mendapat suatu pakej berupa wang sebanyak RM100, pakej makanan asas iaitu beras sebanyak 30 kg, gula 5 kilo dan minyak 2kg.Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Hj Zainuddin yang juga merupakan exco kebajikan menjelaskan dalam suatu pertemuan disini malam tadi bahawa bantuan tersebut akan segera disalurkan kesemua daerah secepat mungkin.Bantuan tersebut diharapkan dapat mengurangkan bebanan golongan tersebut kesan dari kenaikan harga barang yang melampau.

Tiada ulasan: