Kawan-kawan setia

Sabtu, 10 Mei 2008

Datuk Dr. Maximus Ongkili - Blogger politik cemari nama baik blog tempatan


KUALA LUMPUR 9 Mei – Kewujudan penulis blog politik yang tidak bertanggungjawab di negara ini hanya mencemarkan imej dan nama baik penulis blog dalam bidang-bidang lain.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili bagaimanapun memuji penulis blog dalam bidang alam sekitar, kesihatan, pendidikan dan sukan yang dianggap lebih bagus dan bertanggungjawab selain meningkatkan pengetahuan rakyat.
Katanya, ramai penulis blog dalam bidang politik tidak mempunyai tanggungjawab untuk mengawal diri sendiri dan mereka tidak berusaha untuk menulisnya dengan sebaik mungkin.
‘‘Ini golongan yang tidak berusaha sedangkan banyak lagi penulis blog yang boleh menulis dengan bagus seperti dalam bidang penjagaan kesihatan, komuniti, gaya hidup dan sebagainya. Tindakan mereka dianggap mencemar nama baik penulis blog yang lain.
‘‘Selama ini saya menjangkakan penulis blog mempunyai sifat mengawal diri sendiri yang baik dan bertanggungjawab, jujur, adil serta menghormati undang-undang sedia ada di negara ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan domain peringkat kedua .MY anjuran MYNIC Berhad di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang dituduh di bawah Akta Hasutan 1948.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya sekali lagi, bilakah adun bb.bangi akan datang ke masjid hasanah secara rasmi?

pasbangi berkata...

sdr/sdri tanpanama boleh terus kepada ADUN Bangi http://drshafie.blogspot.com