Kawan-kawan setia

Sabtu, 17 Mei 2008

Dr Hamirdin bertanya...

BENARKAH UMUR UMNO 62 TAHUN?
Assalamualaikum,
Kita diberitahu bahawa UMNO lahir di istana di Johor tahun 1946. Tetapi kita juga tahu, UMNO yang ini telah mati dalam tahun 1987, pada masa itu umur dia 41 tahun. yang membunuh UMNO yang mati itu ialah orang UMNO juga, jadi UMNO mati disebabkan angkara UMNO. Jadi, walau apa pun kriteria yang digunakan, umur UMNO itu ialah setakat 41 tahun sahaja.
Kemudian satu parti baru telah ditubuhkan dalam tahun 1987, yang saya rasa namanya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru). Tidak ada pun yang tersangkut dengan UMNO pada parti baru ini. Untuk beberapa lama, parti baru ini menenggek gunakan nama UMNO tetapi di tempel dihujungnya perkataan (Baru).
Ini bermaksud, parti itu bukan parti yang lahir dalam tahun 1946, dan perlembagaannya juga lain, lambang yang digunakannya juga lain dan banyak kelainan lagi. Apabila kebenaran mahkamah mereka perolehi untuk menggunakan nama UMNO pada singkatan nama parti baru tersebut, dan kemudian mendapat lagi kebenaran untuk menggugurkan penggunaan perkataan (Baru), maka pada kulitnya ia kelihatan seperti UMNO yang lahir pada tahun 1946. Tetapi ia tidak lahir dalam tahun tersebut dan hanya lahir dalam tahun 1987.
Adakah mereka ini memang suka memperolok sejarah?

Tiada ulasan: