Kawan-kawan setia

Khamis, 15 Mei 2008

Dugaan Ilahi

Mutakhir ini kita dikejutkan oleh bermacam kejadian yang menyayat hati, menyentap hati nurani setiap insan yang prihatin terhadap nasib mereka yang terlibat. Belum pun reda dengan taufan Nargis di Myanmar yang mengorbankan hampir 100,000 orang, datang pula gempa bumi di China yang dianggarkan memakan korban melebihi 50,000 orang. KIta amat bersimpati dengan nasib malang rakyat kedua-dua negara tersebut yang tentunya pihak antarabangsa akan menghulurkan bantuan segera kepada rakyat kedua negara tersebut. Apapun kita seharusnya bersyukur, segala yang menakutkan berlaku diluar negara, belum berlaku dinegara kita. Dari itu seharusnya diperbanyakkan syukur kerana dugaan Ilahi sehebat itu tidak menimpa kita. Kelalaian kita mensyukuri nikmat Ilahi ini, dikhuatiri akan mengundang dugaan seperti yang diterima oleh negara-negara tersebut.

1 ulasan:

Suara Dengkil berkata...

ingatlah manusia, ini cuma sikit je..nanti ada yg lebih besar.