Kawan-kawan setia

Khamis, 22 Mei 2008

Harga segelas Milo dan satu pai ayam



Semalam saya ke KT dengan menaiki pesawat MAS untuk urusan kerja. Dek kerana mengambil penerbangan pagi terpaksa bertolak awal dari kediaman dan tak sempat bersarapan pagi. Selama ini saya tidak pernah mengambil sarapan pagi di mana-mana restoran diKLIA, tetapi pagi semalam terpaksa, lalu saya pergi ke satu restoran yang paling dekat dengan tempat check-in dan beratur bersama-sama orang lain. Yang paling mudah dan cepat saya ambil pai dan segelas milo, dan terkejut bila melihat bayaran yang dikenakan untuk nasi lemak dan segelas milo, RM19.90...wow kata saya, nasib baik saya ambil pai sahaja tentu tak sampai RM10.00. Sangkaan saya jauh meleset, bila sampai giliran saya, saya dikenakan RM16.90 untuk satu pai dan segelas milo. Walaupun air muka saya selamba saja tidak menunjukkan apa-apa reaksi, namun nun jauh disudut hati merasa kesal dengan pembaziran tersebut. Pelanggan dibelakang saya cerdik, seorang pelancong eropah, memegang satu note RM10 dan satu note RM5, bertanya dahulu tentang harga dan dengan jujur memberitahu pekerja kaunter pembayaran, "I got only 15 ringgit, how much.....". Tapi kita sendiri orang Malaysia bodoh sombong ambil dulu, bila diminta bayar, tercengang,....macam saya

Tiada ulasan: