Kawan-kawan setia

Sabtu, 3 Mei 2008

Islam Yang Syumul

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang keperluan harian dalam skop beragama dari sudut pandangan dan pemahaman saya sebagai orang biasa. Ye lah Islam adalah Addin, iaitu cara hidup yang setiap nanosecond kehidupan wajiblah menyandarkan kepatuhan kepada pencipta. Addin lah yang menjadi asas segala perilaku dan tindak tanduk yang kita persembahkan dalam kehidupan seharian. Andaikata lari dari Addin maka rugilah kita kerana telah gagal dalam menyahut Hayya Alal Falah. Salah satu sudut dalam kehidupan kita adalah hiburan, kita celik mata waktu pagi hingga pejam mata semula diwaktu malam, SEtiap hari, sekeliling kita tak dapat tidak di iringi dengan hiburan. Buka radio, buka TV, buka internet, buka Ipod, buka handset, buka apa saja tak boleh lari dari hiburan. Maknanya hiburan adalah satu elemen dalam kehidupan manusia sama ada suka atau benci, minat atau menyampah, halal atau haram dan sewaktu dengannya.
Jadi bila ia satu elemen dari kehidupan manusia, tidakkah ada penyelesaian oleh Islam satu Agama yang syumul, Agama yang datang dari pencipta manusia itu sendiri, atau membiarkan hiburan itu sebagai sesuatu yang tidak jelas statusnya dalam agama lalu terpulanglah kepada manusia sendiri samada meninggalkan hiburan atau membiarkan diri sentiasa berada didalam dosa kerana melayani hiburan?. Sehingga kini walaupun mendapat penjelasan dari alim ulamak tentang keharusan berhibur dan sempadan halal haramnya hiburan namun saya nampak dan sedar belum memadai kerana kelihatannya masih kabur. Lihatlah sekeliling kita, para artis berterusan mencari rezki dengan menyanyi, berlakun, berlawak, menari dan pendapatan itu digunakan untuk menyara dan memberi makan diri sendiri juga anak isteri, walaupun telah dinasihatkan oleh para ulamak bahawa rezki yang datang dari sumber itu diragui tentang halalnya. Adakah setakat itu sahaja usaha ilmuan dan otoriti agama membantu minoriti umat Islam dari golongan artis ini?. Mengapa jelik dan jemu mendekati mereka, dan terus membiarkan mereka hanyut menuju kehancuran. Kita sadar ada sebahagian kecil dari mereka kembali kepada amalan Islam yang jelas seperti sdr Akhil Hayy tapi belum mencukupi, nun disana mereka-mereka itu masih ramai yang memerlukan bimbingan dan panduan dari ilmuan agama ini. Fikir-fikirkan lah

Tiada ulasan: