Kawan-kawan setia

Ahad, 4 Mei 2008

Kelakar dengan gelaran yang diberikan Dr Agus

Budaya politik 'dikir barat' punca Umno hilang kekuatan
Begitulah tajuk laporan Ali Bukhari Amir Sabtu May 03, 08 dalam Harakah online yang melaporkan satu kertas kerja oleh Prof Madya Dr Agus Yusoff, seorang penganalisi politik yang tidak asing lagi dewasa ini, yang juga mengendalikan sesi bual bicara politik di sebuah stesyen TV tempatan. Dalam program yang di adakan di JOHOR BAHRU pada 3 Mei lalu Dr Agus mengatakan bahawa politik Melayu parti pemerintah di peringkat persekutuan telah mula hilang kekuatannya apabila para pemimpinnya mengamalkan politik ala 'Dikir Barat'. "Pemimpin pemerintah tidak meraikan perbezaan pendapat, akhirnya apa-apa yang diucapkan pimpinan atasan akan terus diulang semula oleh orang bawahan tanpa sebarang bantahan. "Akibatnya, wujud barisan kepimpinan parti pemerintah yang mana jurang pemikirannya amat jauh dengan rakyat. Ini menyebabkan rakyat semakin tertekan dan akhirnya mereka membuat keputusan menolak Umno dalam pilihan raya baru-baru ini," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kedaulatan Politik Melayu dalam Kongres Permuafakatan Melayu anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (BBK) di Persada, di sini, semalam. Politik 'Dikir Barat' diungkapkan beliau ketika merujuk sikap pimpinan Umno yang hanya bertindak mengulang semula segala yang diucapkan oleh pimpinan atasan mereka tanpa sebarang bantahan. "Apabila semua ini mula wujud, akhirnya ramai orang jadi takut termasuklah saya sendiri," kata beliau.
Saya rasa kelakar bukan apa, kerana cuba membayangkan bagaimana DS Najib mengulang apa yang dicakapkan oleh Pak Lah, dan seterusnya para menteri juga para pemimpin UMNO yang lain pula mengulang apa yang dicakapkan oleh DS Najib seperti dalam pertunjukan dikir barat, begitulah seterusnya hingga kepada pemimpin kampung. Kalau tak ikut maka dicop tak ikut skrip lalu akan terimalah hukuman umpamanya dikeluarkan dari kumpulan dikir barat tersebut. Saya fikir-fikir logik juga ungkapan Dr Agus ni..macam terjadi dalam kes projek babi tempoh hari, yang bercakap menentang projek, buat demonstrasi, panggil wartawan tunjuk betapa kotornya akibat penternakan babi, rupan-rupanya dia sendiri ke Jerman mengikuti rombongan exco BN Selangor mengenalpasti teknologi menternak cara sistematik. Rupanya dia ahli kumpulan dikir barat pembangkang DUN Selangor sekarang yang mengulang apa yang dicakapkan oleh tukang karut tanpa berfikir dan terlupa yang dia sendiri terlibat. oh kelakarnya..

1 ulasan:

daud also known as DMZ berkata...

Kenapa apabila BN tidak menang dengan majoriti baru ingat untuk mengadakan Kongres Pemuafakatan Melayu. Tapi apabila kerajaan BN menang majoriti, kerajaan negeri yang dikuasai Melayu diserang habis-habisan dan dinafikan semua hak mereka seperti Kelantan....