Kawan-kawan setia

Khamis, 8 Mei 2008

Kempen dan Sikap


Mari kita berbicara tentang 2 perkataan yang cukup popular dikalangan kita, iaitu kempen dan sikap. Tentu sekali bila disebut kempen, ia bukan satu aktiviti memenuhi masa lapang sahaja bahkan memerlukan tindakan terperinci dan hasil yang menjadi objektif kempen. Kita sering di asak dengan bermacam-macam kempen, dijalan, dipejabat, disekitar kediaman, didalam negara dan sebagainya. Kebanyakan kempen entah di mana keputusannya, hanya tinggal kempen, lalu dimasa yang lain akan berkempen lagi.

Saya masih ingat satu kempen yang dinamakan kempen senyum oleh pihak kerajaan yang memfokuskan kepada kauter-kaunter yang terlibat dengan urusan dengan orang ramai. Maka rioh rendahlah kempen tersebut dilaksanakan dan diwar-warkan disegenap media letronik, cetak dan ceramah. Apakah berhasil?, saya tak nampak hasilnya, cubalah pergi ke pejabat Pos, adakah petugas dikaunter tersebut dah berubah dari kurang mesra pelanggan menjadi sebaliknya?. Cuba pula ke JPJ, mana-mana lah, adakah anda nampak perubahan?. Lalu pula di mana-mana TOL, adakah petugas di TOL akan berkata semasa membayar tiket, "Selamat pagi, terima kasih kerana menggunakan TOL kami" dengan senyum manis, ada?, pergi pula ke hospital kerajaan, ke PUAS/SYABAS, beli tiket bas balik kampong, secara ikhlas anda rasa adakah kesannya dari kempen senyum yang diadakan?.





Maka mari kita terus kepada perkara kedua iaitu SIKAP. Polis pun menyedari hakikat ini, lalu di adakan kempen OPS SIKAP pada setiap musim perayaan. perkara yang paling susah dalam masyarakat kita ialah PERUBAHAN SIKAP. Mengapa susah sangat warga Malaysia ni nak berubah sikap?, mungkin juga kerana gagalnya sistem pendidikan. Seperti yang saya pernah sentuh sebelum ini bila kita kata kegagalan sistem pendidikan bukanya tertumpu kesalahan kepada pihak Kementerian Pendidikan, atau guru-guru sahaja, malah kena lihat dalam skop yang lebih luas iaitu bermula dari buaian lagi.

Tiada ulasan: