Kawan-kawan setia

Selasa, 20 Mei 2008

Kesihatan UMNO semakin tenat

Kalau ibarat UMNO seorang manusia, kesihatan UMNO sudah diperingkat kronik dan tak boleh diubati lagi. Selepas serangan penyakit demi penyakit menimpa UMNO, terkini satu lagi penyakit tambahan datang yang menyebabkan UMNO menghampiri lumpuh kekal yang boleh membawa kepada tumbangnya gergasi politik yang begitu gah suatu masa dulu. Kalau mengikut hayat junjungan Rasululullah, UMNO hanya tinggal beberapa bulan lagi bakal ditalkinkan. Walaupun presiden UMNO kelihatan rileks dengan keputusan TDM keluar dari UMNO (sememangnya presiden UMNO sentiasa rileks dan cool) namun hakikat akar umbi telah sekian lama bergolak dan tidak hairan dalam sedikit masa lagi akan mengikuti jejak TDM mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO. Pada saya punca sebenarnya, kerana terlalu ego dengan diri sendiri, samseng terhadap rakyat dan tidak peka (pekak) kepada aduan dan rintihan rakyat selama ini. Mungkin juga para pemimpin UMNO lupa kepada pesan Rasulullah bahawa doa orang tertindas paling mujarab. Memang selama ini UMNO dan kerajaan pimpinannya telah banyak menyiksa rakyat yang menyebabkan rakyat hilang bapa untuk mengadu kesedihan dan kemelaratan yang dialami, tindakan keras PBT, ketidakadilan kerajaan pusat terhadap negeri pimpinan bukan UMNO/BN dan macam-macam lagi. Pendek kata jika hendak disenaraikan kekejaman UMNO/BN terhadap rakyat memang tak tertulis. Contoh-contoh menyayat hati dan perasaan masih segar kepada rakyat misalnya penduduk Kg Beremban, Ampang dihalau diruntuhkan kediaman mereka dalam keadaan yang memilukan, tiada belas kesihan. Peserta BERSIH disembur dengan asid pemedih mata, hanya kerana mahu mengadu kepada YDP Agong. Kes DS Anwar, begitu jelas, kes HINDRAF, kes penduduk setinggan Kg Pasir, Ulu Klang, kes kerajaan Kelantan yang di anak tirikan....dan sebagainya. Ini belum lagi dikira keangkuhan memnantu presiden UMNO bila berucap, seolah Malaysia dia punya, jadi mengikut kiraan kita sudah sampai masanya UMNO lenyap dari pandangan rakyat Malaysia dan kita bina Malaysia Baru, Negara Berkebajikan untuk semua kaum, semua Bangsa dan semua anutan.

Tiada ulasan: