Kalau 2 minggu lalu, setiap kali saya melayari blog YB Dr Shafie saya rasa sayu mengenangkan seolah-olah YB kita tidak dipedulikan oleh orang-orang sekitarnya. Blog beliau tidak update-udate dan tak berganjak dari berita yang dah berbulan berlalu. Sedikit sebanyak saya dan sahabat-sahabat yang prihatin telah berterusan mendesak supaya membantu ADUN sebab blog Dr Shafie diintai oleh semua pihak, dan yang menakutkan kita ialah rakyat jelata, pengundi, sedangkan kita semua tahu aktiviti ADUN Bangi terlampau banyak tetapi tidak dimaklumkan kepada rakyat melalui blog beliau sendiri. Tetapi Alhamdulillah, perkembangan yang kita lihat terkini sangat memberangsangkan dan saya perasan YB sendiri yang respons kepada beberapa komen dari pelawat blog beliau berdasarkan cara penulisan. Tahniah kepada pengendali blog Dr Shafie dan YB sendiri kerana menyahut desakan kami dan InsyaAllah kami akan membantu dari sudut-sudut yang kami berupaya.
Khamis, 2008 Mei 08
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan