Kawan-kawan setia

Sabtu, 17 Mei 2008

Masih lagi gempa bumi di China

SHIFANG 16 Mei - China bergelut dengan pelbagai masalah termasuk kesulitan untuk mengkebumikan ribuan mayat dan merawat mereka yang cedera. Negara itu juga berdepan kesulitan untuk menempatkan mangsa yang hilang tempat tinggal serta masalah kehabisan bekalan makanan dan air berikutan gempa bumi Isnin lalu. Dari tengah-tengah zon bencana di wilayah barat daya, Sichuan yang dilanda gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu, Perdana Menteri, Wen Jiabao menggesa pasukan penyelamat meneruskan usaha menyelamat tetapi harapan semakin tipis bagi menyelamatkan mereka yang masih terperangkap di bawah runtuhan.
"Menyelamatkan nyawa masih menjadi keutamaan kami, selagi harapan masih ada untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup," kata Jiabao yang dipetik oleh agensi berita Xinhua.
''Presiden Hu Jintao berlepas ke Sichuan awal hari ini "untuk menenangkan mangsa dan meninjau operasi bantuan dan menyelamat," lapor Xinhua. Kunjungan tersebut adalah yang pertama beliau ke wilayah itu sejak bencana itu melanda. Jiabao juga mengulangi seruan pucuk pimpinan Parti Komunis supaya memastikan kestabilan sosial kerana perasaan gelisah dan kelesuan makin meningkat di kalangan mangsa. Setakat ini, mengikut angka rasmi kira-kira 22,069 orang disahkan terkorban dan sekurang-kurangnya 25,000 lagi masih terperangkap, kata pegawai. Di pekan Yingxiu, kelihatan mayat-mayat dibariskan di sepanjang tebing sungai.
Seorang pegawai Parti Komunis memberi amaran wabak boleh meletus jika mayat tidak dikebumikan atau dibakar segera. "Kami amat memerlukan beg mayat. "Bekalan makanan dan air minum yang digugurkan dari udara pula sangat terhad," kata Bai Licheng. ementerian Kesihatan mengeluarkan notis mengarahkan mayat dibersihkan serta dikebumikan secepat mungkin dan diletakkan jauh dari sumber air serta kawasan berpenduduk.
- Reuters

Tiada ulasan: