Kawan-kawan setia

Selasa, 6 Mei 2008

MB Perak yang berjiwa besar

Jamry terima surat pelantikan semula
Utusan Malaysia, IPOH 5 Mei – Surat pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) diserahkan kepada Datuk Jamry Sury hari ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim. Katanya, dengan penyerahan surat pelantikan itu, Jamry akan memegang jawatan yang disandangnya sebelum ini sehingga satu tempoh yang ditetapkan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai tempoh kuat kuasa lantikan baru itu. “Jamry akan kekal memegang jawatan berkenaan dalam satu tempoh yang ditetapkan dan beliau dijangka menerima surat pelantikan semula itu hari ini juga,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini petang ini.
Menurutnya, dengan pelantikan semula jawatan Jamry, isu pertukaran serta-merta Pengarah JAIP itu dianggap selesai. “Surat pelantikan semula telah siap, cuma saya belum tandatangan. Saya akan tandatangani. Jawatan beliau kekal seperti biasa seperti sebelum ini iaitu Pengarah JAIP,” katanya.

Tiada ulasan: