Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Mei 2008

Mencuri masa sibuk Prof Madya Dr Fauzi Deraman

Mungkin bila sebut nama beliau ramai peminat dakwah akan mengenali beliau sebagai seorang yang istiqomah dalam memberi kuliah-kuliah, forum, majlis-majlis ilmu dimana sahaja termasuk radio, TV dan media cetak. Sebenarnya, Dr Fauzi saya kenal lama, puluhan tahun, sejak di sekolah menengah rendah 30 tahun dahulu, dan tak sangka masih dapat bersama hingga kini. Dia senior saya beberapa tahun dan dari sejak saya mengenali beliau, begitulah adanya, tidak berubah, mencintai ilmu agama dan sudi berkongsi dengan masyarakat apa saja yang dimilikinya, supaya masyarakat dapat menerima manafaat ilmu untuk bekalan ke alam abadi. Mengapa saya meletak tajuk mencuri masa Dr Fauzi, memang, masa beliau penuh dengan agenda, kalau saya tidak mencuri sedikit dari agenda harian beliau maka saya tidak dapat mengorek sedikit dari ilmu beliau untuk kita semua manafaatkan dan kongsi dialam siber ini dalam bentuk blog ( menjadi sebahagian bloger juga lah: http://drfauzee.blogspot.com/)


Di ringkaskan cerita, Dr Fauzi berminat untuk menyumbangkan artikel dalam satu blog yang pada mulanya saya namakan "minda pendidik", namun bila layari kemudiannya, tajuknya sudah bertukar kepada Warisan Nabi. Bila beliau jumpa saya dia menyatakan minda pendidik ni bunyi macam cik gu sekolah pulak jadi dia tukar kepada tajuk yang lebih menjurus kepada peranan beliau sebagai pendakwah. OK la tu cantik dan bertepatan dengan peribadi beliau sendiri. Jadi blog beliau adalah merupakan salah satu harta beliau yang kita kena rebut, sebab Rasulullah sendiri tidak mewariskan harta material kepada umatnya tetapi ilmu dan iman. Terpulang kepada kita untuk menghargai dan mengambil manfaat atau membiarkan sahaja harta itu berlalu begitu sahaja. Tepuk dada tanya iman.

Tiada ulasan: