Kawan-kawan setia

Jumaat, 16 Mei 2008

Penduduk Ipoh terdedah penyakit paru-paru

MANJUNG 15 Mei, Sejak Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, tiba-tiba saja penduduk Ipoh terdedah kepada penyakit paru-paru. Seperti yang berlaku di Selangor, heboh seantero dunia tiba-tiba saja ada kandang babi di Sepang. rasanya fenomena tiba-tiba ini akan dicanang tanpa henti, lepas ini Kedah akan tiba-tiba-tiba menjadi negeri paling itu dan paling ini, seterusnya Kelantan dan terakhirnya Pulau Pinang. Inilah mainan media yang bomohkan oleh BN walaupun pemerintahan BN bagai telor dihujung tanduk, masih tak insaf-insaf lagi. Memetik laporan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dari Utusan Melayu melaporkan bahawa Penduduk Ipoh kini terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang paru- paru dan lelah ekoran keadaan berjerebu di bandar raya itu yang dipercayai berpunca daripada aktiviti kilang simen. Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, berbeza dengan bandar-bandar lain di Perak dan negeri-negeri lain, Ipoh kini cukup berjerebu. ''Keadaan berjerebu ini mungkin biasa bagi penduduk Ipoh tetapi orang luar tengok berbeza. Lebih setahun saya duduk di Ipoh, debu penuh atas kereta selepas dua hari dibasuh. ''Tidak mustahil habuk kecil ini tidak masuk ke dalam paru-paru dan ini boleh mendatangkan penyakit paru-paru seperti radang dan asma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka di sini hari ini. Hari Kesihatan Sedunia disambut di seluruh dunia pada setiap 7 April dan tema pada tahun ini ialah ''Melindungi Kesihatan daripada Perubahan Iklim". Mengulas lanjut, Ahmad Razin berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya membuat kajian perbandingan kadar jangkitan penyakit radang paru-paru, asma dan merah mata di Ipoh dan bandar lain di negeri ini bagi melihat sama ada keadaan udara di Ipoh boleh membahayakan kesihatan. Katanya, statistik rekod perbandingan itu akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi tetapi ia tidak akan didedahkan. ''Sekiranya terdapat perbezaan dalam statistik tersebut, pihak industri kilang simen perlu buat sesuatu dan jabatan kerajaan berkaitan juga perlu awasi perkara ini," tegas beliau. Ditanya sama ada penduduk Ipoh perlu memakai topeng sebagai langkah keselamatan, Ahmad Razin enggan mengulas sebaliknya menasihatkan mereka yang mengalami masalah batuk, sakit dada, asma atau merah mata supaya mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik. Jadi selama ini apa yang kerajaan BN buat menangani masaalah yang ditimbulkan oleh kilang simen yang telah berkurun beroperasi di Ipoh?.

Tiada ulasan: