Kawan-kawan setia

Ahad, 18 Mei 2008

Pengalaman menarik bersama YB ADUN Bangi

Saya bersyukur kerana berpeluang menimba pengalaman bersama YB ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar ke surau Annur Pelangi Damansara hari ini18 May 2008. Kami tiba di surau berkenaan mengikut jadual yang diberikan dan pada fahaman saya YB dijemput merasmikan mesyuarat agong surau. Namun apa yang berlaku ialah sebenarnya YB diminta menjadi orang tengah bersama pegawai JAIS bagi menyelesaikan sedikit salah faham antara jamaah surau dan AJK. Walaupun ada sedikit ketegangan namun kebijaksanaan YB dan pegawai JAIS mengedalikan sesi telah berakhir dengan aman dan mahabbah.


Yang saya ingin nyatakan ialah kesungguhan dan keikhlasan pemimpin kita yang tidak mengira fahaman politik telah menyedarkan masyarakat supaya berpegang teguh dengan prinsip kesaudaraan Islam InsyaAllah segala simpulan kekusutan dapat dileraikan dengan baik. Mungkin bagi mereka yang baru dalam pergaulan dengan pemimpin Islam ini, rasa terkejut dengan sifat mesra rakyat para pemimpin kita umpamanya kita dengar antara mereka berbisik "eh..YB sendiri yang bangun kira, padahal YB tetamu VIP majlis ini..." dalam kes mengira siapa yang angkat tangan bersetuju dengan lantikan yang dicadangkan. Lalu pada saya keikhlasan yang mereka nampak itu menjadi contoh kepada mereka dan hasilnya mereka dapat melupakan perselisihan yang begitu lama dan membina ikatan ukhuwwah yang baru dan semangat baru, InsyaAllah.

Tiada ulasan: