Kawan-kawan setia

Isnin, 19 Mei 2008

Perlukah bersangka baik dengan Pengerusi SPR?

Pembangkang 'berbaik' semula dengan Pengerusi SPR, begitulah tajuk akhbar MSTAR online hari ini. kita ingin bertanya, perlukah kita bersangka baik dengan Rashid ini? yang telah begitu banyak menyusahkan parti bukan BN dengan bermacam-macam karenah. Kita masih panas dengan kes stem, kes dakwat dan kenyataan-kenyataan Rashid yang sepatutnya bebas amat melukakan kita. Kita mungkin boleh memaafkan Rashid jika dia insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia semuanya yang telah dipermainkan oleh beliau. PR memenangi 5 negeri disebabkan salah satunya kerana menunjukkan benci kepada Rashid yang nyata berat sebelah dan pecah amanah terhadap kepercayaan rakyat. Namun hingga kini Rashid masih belum insaf akan dosanya...

GOMBAK: Jangan ambil hati! Mungkin mesej itu yang cuba disampaikan apabila beberapa parti pembangkang menghantar wakil mereka menemui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sejurus selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-12. Ketika mendedahkan perkara itu ketika berucap pada Seminar Kebangsaan Mengenai Pilihan Raya 2008: Perjalanan Demokrasi anjuran Unit Pengajian Penyelidikan Pilihan Raya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pagi ini, beliau memberitahu:
"Ada beberapa wakil parti politik datang bertemu saya, mereka dihantar oleh parti mereka." Wakil-wakil berkenaan, kata beliau, membawa mesej mahu 'berbaik semula' selepas mereka telah mengecam dan mengkritik SPR dengan pelbagai tuduhan termasuk kononnya merancang melakukan penipuan dalam pengurusan pilihan raya. Beliau mengakui mereka daripada kalangan barisan pembangkang, tetapi enggan mendedahkan identiti parti diwakili. Mereka menemui Abdul Rashid beberapa minggu selepas pilihan raya. Meskipun pembangkang mendakwa SPR bekerjasama dengan parti pemerintah untuk memanipulasi pilihan raya, tetapi menang besar kali ini. Prestasi pembangkang 8 Mac lalu merupakan detik besar dalam sejarah pilihan raya. Barisan pembangkang memperoleh 82 kerusi di Parlimen, menafikan majoriti dua pertiga manakala lima negeri pula dikuasai pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Tiada ulasan: