Kawan-kawan setia

Jumaat, 23 Mei 2008

Rakan PASBangi: Program Hamper YB Hj Taufik

Pihak Pusat Khidmat ADUN Paroi telah melancarkan satu program yang dipanggil Program PHD. Program yang bertujuan memberi peluang kepada penderma membuat amal kebajikan dalam bentuk menyediakan hamper dan disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Mr Yau Con Seng (orang kuat ADUN Paroi?) merupakan penderma pertama yang berjaya dalam program PHD. Mr Yau telah menyumbang hamper bagi menyertai Program Hamper Dermawan (PHD) yang mana hamper-hamper yang disumbangkan, dijadikan sumbangan ketika menziarahi warga emas ,anak yatim dan orang sakit di hospital. Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Paroi menyeru anggota masyarakat yang berkemampuan supaya sama-sama menyertai program ini dengan menyumbang hamper yang bernilai RM20-Rm30 (murah sahaja) dan memastikan semua barangan yang dijadikan hamper ada logo halal JAKIM dan hantar ke pejabat DUN Paroi. Setakat ini, Program Hamper Dermawan (PhD) ini terus dapat sokongan masyarakat setempat. Sebanyak tiga hamper telah berjaya disampaikan pada yang memerlukan.

Tiada ulasan: