Kawan-kawan setia

Khamis, 22 Mei 2008

Punca jalan-jalan di KL jem



Tidak syak lagi, kerana masaalah disiplin yang kronik dikalangan pemandu di KL ini menjadi punca utama trafik menjadi sesak. Pengalaman saya melalui Federal Highway ke arah Jalan Sungai Besi setiap hari pulang dari kerja membuatkan saya bertanya-tanya penuh harapan, bilakan masanya para pemandu kita ni akan berubah sikap, berdisiplin dan mematuhi undang-undang jalanraya. Dulu saya pernah mengutuk mereka-mereka yang memotong barisan, membenci mereka dalam hati, tetapi bila saya fikir-fikir apa gunanya, hati sakit, stress, jadi saya ambil keputusan biarkanlah mereka dalam dunia mereka. Apa nak buat, kerana mereka yang tidak berdisiplin ini, bila kita marah-marah, sumpah-menyumpah, tengok-tengok kawan-kawan satu pejabat, jiran-jiran, dan orang-orang yang kita kenali.

Tiada ulasan: