Kawan-kawan setia

Khamis, 8 Mei 2008

Saya tidak berniat hina sultan – Karpal Singh

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri. Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin UMNO supaya jangan mempolitikkan kenyataannya berhubung soal itu sehingga menjadi isu perkauman.
Menurut Karpal, beliau hanya membuat komen dari sudut undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir. “Saya tidak tahu mengapa pemimpin-pemimpin UMNO mahu mempolitikkan isu ini sehingga menjadikannya sebagai isu perkauman,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Karpal yang terus mempertikaikan keputusan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran dan melantik semula Pengarah JAIP sebagai perbuatan biadap.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula berkata, tindakan itu bukan sahaja biadab malah mencabar kedudukan dan kedaulatan sultan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melihat tindakan Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam hal ehwal agama negeri itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Karpal memberitahu, beliau tidak menentang Sultan Perak dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersoalkan kedudukan baginda.
“Dalam apa cara sekali pun, saya tidak mahu menghina atau menentang Sultan Perak,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau mengulangi pandangannya bahawa urusan pertukaran pegawai kerajaan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya di bawah kuasa Sultan.
PENGERUSI DAP, Karpal Singh berkata semalam, beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri. Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin UMNO supaya jangan mempolitikkan kenyataannya berhubung soal itu sehingga menjadi isu perkauman. Menurut Karpal, beliau hanya membuat komen dari sudut undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir.

Tiada ulasan: