Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Mei 2008

SCAM

Kebelakangan ini saya menerima terlalu banyak SCAM e-mail yang menawarkan jutaan dolar dan Pound sterling. Seingat saya SCAM ini pernah mengganas suatu masa dulu tetapi setelah beberapa usaha dibuat oleh pengendali internet dan pihak-pihak berkuasa, ianya berhenti dengan sendirinya. Apa tujuan e-mail SCAM ini dilakukan, kita pun tak tahu. Kalau mula-mula dahulu memang ramai yang terpedaya dan percaya kepada aktiviti SCAM ini tetapi suasana sekarang sudah berbeza. Pengguna internet telah maklum sangat dengan SCAM dan berhati-hati daripada terpedaya. Modus operandi e-mail SCAM ini sama sahaja walaupun berlainan penghantar dan lokasi operasi. Antara tajuk e-mail SCAM yang saya terima:
  • Kematian suami, tiada waris jadi sedang mencari waris untuk diserahkan harta yang bernilai jutan dolar
  • Pemegang amanah, tidak dapat mencari pendeposit kerana perang meletus, mencari waris atau sesiapa yang sanggup menjadi pewaris
  • Dia seorang jutawan, sedang sakit dengan penyakit kronik, tidak percaya kepada waris yang sah, dikhuatiri akan mengkhianatinya lalu mencari sesorang yang amanah untuk diserahkan segala harta miliknya yang bernilai jutaan pound dalam bank di England
  • Memenangi loteri cabutan bertuah jutaan dolar
  • Cabutan bertuah oleh Microsoft Corporation bernilai jutaan Dolar
  • dan banyak lagi tak larat nak layan

Saya perturunkan di sini satu contoh SCAM yang saya terima;

From Mrs Rebecca Williams
N [38 Rue Des Martyrs Cocody
Abidjan,Cote d'Ivoire

ATTN:DEAREST ONE OF GOD
I am the above named person from Kuwait. I am married to Mr Benson Williams, who worked with Kuwait embassy in Ivory Coast for nine years before he died in the year 2004. We were married for eleven years without a child. He died after a brief illness that lasted for only four days.

Before his death we were both born again Christian. Since his death I decided not to remarry or get a child outside my matrimonial home which the Bible is against. When my late husband was alive he deposited the sum of $2. 5 Million (Two Million Five Hundred U.S. Dollars) in the bank here in Abidjan in suspense account.

Presently, the fund is still with the bank. Recently, my Doctor told me that i have serious sickness which is cancer problem. The one that disturbs me most is my stroke sickness. Having known my condition I decided to donate this fund to a church or individual that will utilize this money the way I am going to instruct herein. I want a church that will use this fund for orphanages, widows, propagating the word of God and to endeavour that the house of God is maintained.

The Bible made us to understand that blessed is the hand that giveth. I took this decision because I don’t have any child that will inherit this money and my husband relatives are not Christians and I don’t want my husband’s efforts to be used by unbelievers. I don’t want a situation where this money will be used in an ungodly way. This is why I am taking this decision. I am not afraid of death hence i know where I am going. I know that I am going to be in the bosom of the Lord. Exodus 14 VS 14 says that the Lord will fight my case and I shall hold my peace.

I don’t need any telephone communication in this regard because of my health hence the presence of my husband’s relatives is around me always I don't want them to know about this development. With God all things are possible. As soon as I receive your reply I shall give you the contact of the bank here in Abidjan. I want you and the church to always pray for me because the Lord is my shepherd. My happiness is that I lived a life of a worthy Christian. Whoever that wants to serve the Lord must serve him in spirit and Truth. Please always be prayerful all through your life.

Contact me on the above e-mail address for more information’s, any delay in your reply will give me room in sourcing another church or individual for this same purpose. Please assure me that you will act accordingly as I Stated herein. Hoping to receive yourreply.
Remain blessed in the Lord. Yours in Christ, Mrs Rebecca Williams

Saya pernah melayan e-mail SCAM ini untuk mengetahui apa tindakan mereka selanjutnya walaupun saya sudah tahu SCAM. Apa yang saya alami, selepas kita membalas e-mail SCAM diakhirnya mereka akan meminta sejumlah wang untuk memproses harta karun yang dijanjikan untuk dimasukkan ke dalam akaun kita dengan senarai caj yang panjang sehingga ribuan dolar. Dalam pada saya melayani, e-mail saya dipintas oleh individu yang tidak dikenali memberi amaran kepada saya bahawa saya sedang berurusan dengan SCAM dan dinasihatkan jangan melayan apa lagi memberi wang kepada mereka walupun dijanjikan puluhan juta dolar. Baru saya sedar rupanya ada disamping kegiatan SCAM ini ada individu yang memerhati setiap gerakan SCAM. Saya pun maklumkan kepada pemerhati tu bahawa saya tahu SCAM, saya dah buat investigation, cuma nak tahu apa tindakan dan cara mereka menipu mangsa sehingga mangsa terjebak dan memberi sejumlah besar wang kepada penipu internet ini. Jadi jika anda menerima e-mail menang loteri dan memang pasti anda tidak pernah membeli loteri, maka padamkan sahaja e-mail tersebut, perabih boreh sajo.

Tiada ulasan: