Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Mei 2008

Tindakan MPKj tepat pada masanya




Mungkin pembaca masih ingat tulisan saya sebelum ini menyentuh tentang tindakan lambat MPKj dan tidak prihatin dalam menyelesaikan masaalah dan aduan rakyat. Tapi mungkin hari ini saya terpaksa mengubah persepsi tentang MPKj tentang isu lambat bertindak kerana pengalaman hari ini mengajar saya jangan cepat membuat andaian(jump to conclusion). Aduan saya yang pertama ialah mengenai jalan pecah dan berlobang yang dibimbangi akan mengakibatkan berlaku kemalangan ekoran dari keadaan jalan tersebut iaitu jalan 4/1 Bandar Baru Bangi. Hari ini semasa melalui jalan 4/1 saya dapati jalan ditutup kerana dalam proses membaik pulih kerosakan, dan kelihatan sekumpulan pekerja kontraktor MPKj sedang menjalankan pembaikan tersebut. Saya bersyukur akhirnya aduan saya dan juga mungkin banyak aduan dari orang lain dilaksanakan olej MPKj. Maknanya bukanlah MPKj tidak perihatin tetapi mungkin proses membaiki memakan masa, kerana tentunya perlu mengikut prosidur yang ditetapkan sebelum tindakan di ambil. Untuk mempastikan tekaan saya tadi saya mendekati dan bertanya kepada sesorang yang mungkin supervisor sedang mengawasi proses pembaikan jalan. Sebagaimana dugaan saya beliau memberitahu sebenarnya MPKj memang ingin bertindak cepat tetapi perlu kelulusan bajet kerana yang memperbaiki jalan bukan MPKj sendiri tetapi diserahkan kepada kontraktor yang dilantik. Jadi proses mendapatkan dan kelulusan bajet tersebut mengambil masa yang agak lama lalu menjadi tugas kepimpinan MPKj yang baru mengenalpasti ruang-ruang untuk diperbaiki supaya perjalanan khidmat kepada rakyat terlaksana dengan cepat dan efisyen.

1 ulasan:

fakiralkaya berkata...

SEJAK DAPAT WAKIL RAKYAT BARU BBB ADA KELAINAN SIKIT, SEKSYEN 4 TAMBAHAN SEJAK 8 TAHUN LALU ASYIK BANJIR JALAN 4/12L DAN 4/12M MINGGU LEPAS MULA PASANG CULVERT. INSYALLAH MASALAH AIR MELIMPAH (BANJIR) DAPAT DIATASI. GUTTER PASAR BASAH DAH BAIKI..... TAPI BBB SEKARANG JADI TAMBAH KOTOR SEPERTI KAWASAN SEKY 4 TAMBAHAN DENGAN JAMBUL2 POKOK SAWIT TAK TERURUS, KAWASAN KLINIK ANNUR SAMPAH MACAM TEMPAT TINGGAL ORANG ZAMAN BATU!.JADI KENA CEK2 SIKIT TU YB... CAYA LAH YB BARU NI. w.a