Kawan-kawan setia

Isnin, 19 Mei 2008

Tok Guru akan meletak jawatan?

KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan dakwaan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar selepas pulang menunaikan umrah Jun ini. Beliau berkata, isu berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam parti dan tidak perlu digembar-gemburkan oleh pihak media kerana beliau mempunyai daya kesihatan serta kemampuan untuk terus menerajui Kelantan, yang telah dipegangnya selama lima penggal sejak 1990. "Tak timbul lagi (lepas jawatan), umur saya ada lagi, Insyaallah," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Kota Darulnaim di sini, hari Ahad. Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan ingin bersara sebelum pilihan raya umum Mac lepas bagaimanapun isu berkenaan dianggap selesai setelah pihak Istana Kelantan menyerahkan watikah pelantikan Menteri Besar kepada Nik Aziz.Dalam edisi Pantai Timur, The Sunday Star hari ini melaporkan isu peletakan jawatan Nik Aziz semakin memuncak dan akan melepaskan jawatan itu kepada Timbalannya Datuk Ahmad Yakob apabila beliau menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Nik Aziz menjelaskan semasa beliau bercuti untuk menunaikan umrah, Ahmad akan memangku tugas Menteri Besar. "Saya akan bercuti dan telah menghantar surat cuti kepada Sultan Kelantan. "Saya akan berlepas ke Tanah Suci pada 26 Mei ini dan tugas saya akan diwakili (dipangku) oleh timbalan saya sewaktu ketiadaan saya," katanya tanpa menyatakan berapa lama beliau bercuti. -- BERNAMA

Tiada ulasan: