Kawan-kawan setia

Khamis, 8 Mei 2008

UMNO buat laporan polis terhadap Karpal

KUALA LUMPUR 8 Mei – UMNO hari ini membuat laporan polis ke atas Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membuat kenyataan berbaur hasutan dengan mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak. Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang ini. Ketika ditemui beliau berkata, Karpal Singh membuat kenyataan berbaur hasutan apabila turut mempersoalkan secara terbuka tentang budi bicara Raja-Raja Melayu di negeri-negeri seperti Terengganu, Perlis dan Perak sambil membuat ulasan yang keras bahawa Raja juga tertakluk kepada undang-undang seperti rakyat biasa ekoran pindaan Perlembagaan pada tahun 1993. ``Ulasan tersebut seolah-olah memberi amaran kepada Sultan Perak dan Raja-Raja Melayu yang lain supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri, dan ini adalah satu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu,” katanya di sini hari ini. - Utusan

Tiada ulasan: