Kawan-kawan setia

Sabtu, 14 Jun 2008

Ada yang dapat faedah dari kenaikan bahan bakar

Tidak dinafikan keresahan rakyat dengan kenaikan 78 sen seliter petrol dan RM1.00 disel membuat majoriti rakyat sengsara dan resah. Ramai yang mengambil langkah berjimat, mengurangkan perjalanan kecuali benar-benar mustahak, membeli bahan keperluan asas ala kadar sahaja. Keresahan mereka diterjemahkan ke dalam rasa benci terhadap pemerintah dan lintah darat minyak yang kita lihat beberapa demonstrasi awam diadakan di sana-sini walaupun di sekat dan dikenakan berbagai tindakan oleh pihak berkuasa. Disebalik situasi yang berlaku ada juga segelintir yang mendapat faedah dari kenaikan bahan bakar ini seperti pembekal tong NGV. Kalau sebelum kenaikan minyak menurut pemandu teksi yang prnah memasang tong NGV harganya sekitar RM3000 ke RM4000, tetapi kini ada yang melaporkan telah mencecah RM7000. Namun disebabkan tidak tahan dengan fenomena yang melanda negara ini mereka gagahi juga memasang alat yang menjanjikan penjimatan pengguanaan kenderaan ini.



Selain dari inovasi bersifat alternatif kepada minyak, terdapat beberapa produk yang di laporkan turut mendapat perhatian dari para pemandu ialah alat penjimat petrol yang boleh di dapati dalam berbagai bentuk. Ada di antaranya seperti pil yang dimasukkan ke dalam tangki bahanapi, ada yang dalam bentuk kiub magnet yang dilekapkan pada tiub atau saluran petrol dan yang terbaru dan sedang meningkat popular ialah alat yang dipanggil "voltage stabilizer" yang dipasang atau dicucuk pada soket lighter seperti charger handset. Jadi terpulang kepada pemandu untuk memilih cara yang sesuai sebagai usaha menjimatkan petrol atau disel kenderaan.

Tiada ulasan: