Kawan-kawan setia

Sabtu, 14 Jun 2008

ADUN Batu Kurau buat laporan polis

BATU KURAU 13 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Kapten (B) Najmudin Elias AlHafiz hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang dibuat oleh pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya. Beliau mendakwa pemimpin Pas dan PKR di negeri ini menuduh beliau mengeluarkan fatwa mengatakan bahawa orang Pas haram memakan makanan yang disumbangkannya kepada ahli-ahli UMNO di Batu Kurau.
Menurutnya, fitnah itu dilemparkan sewaktu majlis perhimpunan politik pembangkang termasuk ketika lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin ke Batu Kurau baru-baru ini. "Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan dakyah tersebut yang hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan penduduk yang sudah terjalin selama ini. "Akibat fitnah itu keadaan rakyat di Batu Kurau sudah tidak tenteram dan reputasi saya sebagai wakil rakyat turut terjejas," katanya.
Najmudin menyatakan demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kurau dengan dihadiri beberapa pemimpin tempatan di sini hari ini. Beliau menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil jika pemimpin pakatan pembangkang terus menabur fitnah tersebut. Najmudin memberitahu, sumbangan berbentuk beras dan telur kepada ahli-ahli UMNO di Batu Kurau itu sebagai menghargai sokongan yang mereka berikan selama ini

Tiada ulasan: