Kawan-kawan setia

Isnin, 23 Jun 2008

CERAMAH PERDANA DI SEKSYEN 15 BANGI








Bandar Baru Bangi 22 Jun 2008


Kompleks Sukan MPKJ Seksyen 15 bergegar lagi dengan siri ceramah perdana Pakatan Rakyat. Kali ini merupakan ceramah 5 bintang yang julung-julung kalinya menampilkan presiden PAS sendiri yang digandingkan dengan penceramah yang dikenali hebat iaitu Ahli Parlimen Machang, Kelantan YB Saifuddin Nasution Ismail. Siapa tidak kenal Saifuddin Nasution yang merupakan pemidato handal, telah mengasak warga Bangi khususya supaya terus menyokong kerajaan Pakatan Rakyat yang terbukti membela golongan yang susah dan tertindas.

Ceramah yang dihadiri lebih dari 10,000 orang ini telah membuatkan laluan jalan persekitaran seksyen 15 sesak dengan kereta yang parkir dikiri dan kanan sehingga ke atas divider. Keadaan ini berlaku kerana tempat letak kereta kompleks telah diberikan kepada usahawan dan peniaga malam untuk memperdagangkan jualan mereka yang terdiri dari berbagai-bagai jualan. Suasana yang meriah begini mulai dirasakan oleh warga Bangi di mana sebelum ini suasana disini suram kecuali semasa diadakan pasar malam 2 kali seminggu di seksyen 16.

Dalam pada itu semasa membuat ucapan mengalu-alukan kehadiran Datuk Sri Presiden dan YB Saifuddin Nasution, YB Dr Shafie selaku tuan rumah merangkap wakil rakyat Bangi telah mengingatkan warga Bangi kepada perlunya kesedaran tentang kepentingan ilmu untuk menjamin kesejahteraan semua pihak. Kekurangan ilmu akan mengakibatkan banyaknya berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan insan yang normal. Sesuai dengan pelancaran Bangi Bandar Ilmu, beberapa aktiviti dan program akan menyusul termasuk megadakan sesi perbincangan ilmiah, mencari jejak ilmuwan, mengadakan pintu garbang Bangi Bandar Ilmu dan berbagai lagi.

Tiada ulasan: