Kawan-kawan setia

Selasa, 1 Julai 2008

Episod Mengaib peribadi Anwar bermula lagi

Pada tahun 1988, bila berlaku kes konspirasi politik terhadap DS Anwar, yang diiringi dengan episod-episod mengaibkan beliau dalam setiap media utama. Walaupun pada hakikatnya majoriti pengamal media muslim yang dilarang agama mengaibkan seseorang hatta diketahui bersalah tetapi belum dibuktikan bersalah. Dalam kes DS Anwar itu keaiban beliau dibogelkan semau-maunya oleh media apalagi beliau tiada saluran yang beliau boleh mengadu dan meminta simpati selain dari media pembangkang yang ada sekerat dua, itupun berkapasiti yang amat terhad.
Episod 1998 berulang lagi pada 2008 ini, walaupun laporan polis oleh saiful belum dibicarakan diahkamah, pengaiban peribadi sudah bermula oleh pihak media utama. Akibatnya rakyat terbanyak mula termakan dan memikirkan lojiknya, dan mula mereka cerita-cerita tambahan sebagai perencah yang boleh menyelerakan pendengar lain. Begitu juga foto-foto Anwar yang dipaparkan dimedia, maka disediakan foto yang memberikan gambaran negatif terhadap DS Anwar. Perlu diingat setiap penulisan atau percakapan bukan berhenti setakat ini sahaja, anda akan dipertanggung-jawabkan kemudian.

Tiada ulasan: