Kawan-kawan setia

Isnin, 16 Jun 2008

Gula-gula kenaikan petrol




Tanggal 14 Jun para pemilik kenderaan telah bersesak-sesak mendapatkan gula-gula di setiap pejabat pos diseluruh malaysia. Gula-gula ribit yang dijanjikan dibayar lebih awal bagi menunjukkan kerajaan sangat serious membantu rakyat yang menderita ekoran kenaikan minyak. Untuk sementara waktu rakyat yang begitu gembira mendapatkan habuan masing-masing akan melupai siksa dan lara yang mencengkam kehidupan harian yang disebabkan oleh kenaikan petrol dan diesel seperti doktor menyuntik ubat tahan sakit. Berapa lama RM625 akan bertahan?, setahun seperti cukai jalan? atau akan habis langsai sebaik sahaja singgah dimana-mana haipermarket yang sedia mengunggu untuk menelan dengan lahap habuan yang diterima sebentar tadi. Dengan kadar inflasi yang meningkat sehingga 5%, rakyat akan berterusan terbeban dengan berbagai masaalah kehidupan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan dan persekolahan baru 2009. Apa-apa pun terima kasih kepada kerajaan yang sudi menghulur bantuan kepada kami rakyat jelata ini tetapi seperti yang saya sebut tadi RM625 hanya boleh boleh dipegang selama setengah jam bila singgah di pejabat TNB dan saya serahkan pula kepada TNB untuk melangsaikan hutang tertunggak.

Tiada ulasan: