Kawan-kawan setia

Jumaat, 6 Jun 2008

Kerajaan PR - Pemberian air percuma seperti dijanjikan

Petikan Utusan Malaysia SHAH ALAM 5 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor memberi jaminan rakyat di negeri itu akan menikmati kemudahan air percuma bagi 20 meter padu pertama bermula bulan ini seperti yang dijanjikan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang permasalahan antara pihak-pihak berkaitan berhubung pemberian air percuma yang timbul sebelum ini telah diselesaikan."Kita berjaya menemui kaedah penyelesaian berhubung masalah yang timbul sebelum ini.
"Mulai esok semuanya selesai dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan mengenakan potongan untuk 20 meter padu pertama air pada bil pengguna," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek sumbangan Piala Sultan Selangor 2008 yang dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini. Bermula 1 Jun, kira-kira 1.5 juta pengguna meter individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada manifesto yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Tiada ulasan: