Kawan-kawan setia

Sabtu, 28 Jun 2008

Konsert Akhil Hai bersama Hijjaz dan Merpati putih





Bandar Baru Bangi 28 Jun 2008


Dewasa ini saban minggu warga Bangi di meriahkan oleh program-program anjuran berbagai pihak. Kompleks sukan MPKj Bandar baru Bangi telah dimakmurkan sebaiknya dengan program-program dakwah kepada segenap lapisan masyarakat. Menunjukkan kesyumulan Islam itu sendiri dengan penampilan berbagai cara dakwah termasuk melalui hiburan seperti ini. Ustaz Akhil haiyy memang terkenal sebagai penghibur dan pendakwah dengan lagu-lagu syahdu menusuk jiwa dan lawak spontan dan bersahaja. Kehadiran begitu ramai warga Bangi menunjukan betapa masyarakat menyokong setiap usaha dakwah dan penampilan hiburan sebagai satu method dakwah diterima.

Tiada ulasan: