Kawan-kawan setia

Sabtu, 14 Jun 2008

Lagi kisah selebriti bertudung

STATUS ibu yang digalas penyanyi etnik, Noraniza Idris membuatkan dirinya begitu berhati-hati dalam menjalani rutin harian. Jika dulu dia lincah di pentas, namun per gerakannya kini harus dibatasi.Apatah lagi penyanyi dari Johor itu bertudung litup sejak mendirikan rumahtangga baru dengan seorang ahli perniagaan. Kata Noraniza, status ibu membawa makna besar buatnya sebagaimana diriwayatkan dalam satu hadis di mana Ra sulullah menyatakan darjat ibu tiga kali lebih tinggi daripada bapa.“Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini membesar dengan ibu dan mempunyai kisah nostalgia bersama orang tersayang. Pengorbanan dan jasa ibu tidak ternilai harganya serta tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.“Namun, kini tidak semua orang mampu mencium tangan ibu mereka untuk menzahirkan kasih sayang mereka seperti saya yang kehilangan ibu dan ayah. Setiap kali menjelang sambutan Hari Ibu atau Hari Bapa, hati saya sayu me ngenangkan mereka berdua.“Jadi sementara ibu bapa anda masih hidup, zahirkanlah ucapan dan perlakuan kasih sayang terhadap mereka. Jangan apabila sudah tiada nanti, baru hendak menyesal dan menunjukkan kasih sayang,” katanya. Noraniza juga antara artis yang menjayakan persembahan di Anugerah Hari Ibu Harian Metro/Secret Garden di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Penyanyi berusia 40 tahun yang mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Alif Haikal, 19, dan Alfee Haikal, 15 Kini membina rumahtangga baru dengan ahli per niagaan, awal tahun ini. Noraniza mengakui, sesibuk manapun tugasnya sebagai penyanyi dan ahli perniagaan berkaitan pelancongan yang diceburinya, dia tetap meluangkan masa untuk bertemu mata dengan dua anak lelakinya.“Bagi saya tiada harta yang lebih berharga melainkan memiliki keluarga bahagia yang menjadi idaman setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu,” katanya.
Dalam anugerah yang julung kali dianjurkan akhbar ber bahasa Melayu nombor satu negara, Harian Metro ini, Noraniza diundang sebagai artis jemputan menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu popularnya seperti Hatinya Tak Tahan dan Zapin Beradat. Majlis yang berlangsung dalam suasana santai, turut diserikan dengan pertunjukan fesyen busana Mus limah dan kontemporari daripada barisan model jelita di bawah agensi milik penyanyi dan pelakon, Shila Lama Enterprise.Terdahulu majlis menghargai pengorbanan ibu seluruh negara tampak lebih ‘hidup’ dengan kehadiran keluarga terdekat penerima tiga anugerah iaitu Anugerah Ibu Mithali, Hasnah Hashim, 70; Anugerah Ibu Tunggal, Wan Maimun Mohamed, 70, dan Anugerah Ibu Istimewa, Norhayati Low Abdullah, 42.Semua penerima anugerah membawa pulang hadiah pakej pelancongan ke Bandung, Indonesia untuk dua orang bernilai RM2,500, baucar barangan elektrik bernilai RM2,000, plak anugerah, jambangan bunga dan hadiah iringan lain.

Tiada ulasan: