Kawan-kawan setia

Rabu, 11 Jun 2008

Laporan mStar: Kerajaan sedia RM5 billion rebat tunai kenderaan

11-06-2008 07:50:57 PM
PUTRAJAYA: Langkah kerajaan menaikkan harga bahan bakar dan mengurangkan subsidi, akan memperkuatkan negara dalam menangani krisis kewangan dan ekonomi antarabangsa.
Sebagai contoh, defisit bajet kerajaan mungkin meningkat di luar kawalan dan menjejaskan rating kredit antarabangsa negara serta kemasukan pelaburan, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di sini hari ini.
Sambil menyifatkan langkah mengurangkan subsidi sebagai tindakan untuk survival, beliau berkata kerajaan mengambil langkah pasti bagi memastikan jaminan kewangan untuk generasi akan datang walaupun dalam jangka pendek ia menyusahkan.
Bagi mengurangkan beban, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion dalam bentuk rebat tunai ke atas kenderaan tahun ini, kata Nor Mohamed bagi menjelaskan kewajaran kenaikan harga bahan bakar minggu lepas.
Beliau berkata peningkatan harga petrol dan diesel bagi mengurangkan subsidi yang semakin meningkat berikutan harga minyak mentah yang melonjak tinggi, adalah langkah dan yang tepat dan bertanggungjawab.
Pinjaman atau menggunakan dana Petronas sepenuhnya akan menjeaskan peruntukan bagi pembangunan sektor lain yang lebih penting kerana "kita akan dibelenggu pinjaman, sumber yang tidak mencukupi dan ekonomi yang tidak cekap," katanya.
Ini katanya lebih teruk lagi dengan Malaysia dijangka menjadi pengimport bersih minyak menjelang 2014 apabila penggunaan mengatasi bekalan.
Nor Mohamed juga memberi amaran bahawa harga minyak mentah boleh meningkat melebihi AS$150 setong tidak lama lagi.
Berdasarkan implikasinya ke atas ekonomi akibat subsidi minyak yang semakin meningkat, beliau menggesa pembangkang supaya tidak mempolitikkan isu itu.
"Peningkatan harga bahan bakar merupakan dilema yang dihadapi kerajaan dan atas sebab itulah rakyat perlu bersatu dalam mengatasi masalah itu," katanya.

Tiada ulasan: