Kawan-kawan setia

Sabtu, 7 Jun 2008

Macam macam ada sang kelembai

Hari ini tajuk utama berita surat khabar adalah mengenai kenaikan harga minyak tetapi ada bermacam berita lagi yang patut juga di ambil perhatian. Dengan tiba-tiba Abdullah Hj Ahmad pelajar universiti yang “drop out” dalam bidang ekonomi kemudian beralih kepada pengajian Islam dan akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia dan sering berkata “Saya Perdana Menteri” dan “Saya Masih Di sini” dengan pencapaian utama adalah membawa masuk Islam Hadhari yang atas garisan panduan meletakan Menteri dan pembantunya yang mempunyai latar belakang seorang penagih arak dan kalau boleh dalam kategori tegar seperti.... Berdasarkan pandangan pemabuk-pemabuk dan kaki botol ini itulah keputusannya. Dan agak aneh bila bayaran tunai kepada pengguna yang berhak mendapat pulangan tunai tahunan setiap kali membaharui cukai jalan dibayar melalui Pos Malaysia? Bukan Pos Malaysia sudah dimiliki oleh keluarganya dengan nama ECM-Libra di mana nama-nama Kamalludin Abdullah dan Kalimullah a/l Masheerul Hasaan ada kaitan dengan pembelian yang dipanggil ular lidi menelan naga. Maka nampaknya Abdullah Hj Ahmad masih lagi hendak mengutamakan perniagaan anak beranak dan kroni. Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain.. Itu tanya dengan AmerSham. Dalam hiruk pikuk kenaikan minyak pula Abdullah Hj Ahmad mengambil kesempatan mengurangkan cukai perkhidmatan lima peratus dari RM 300 ribu hasil jualan kepada RM 3 juta. Ini pun permainan silap mata Abdullah Hj Ahmad, kenapa dia tidak mahu menunggu dialog bajet setiap tahun untuk berjumpa dengan pengusaha restoran supaya memorandum diserahkan dan umumkan kepada rakyat semasa pembentangan bajet? Kenapa main suka-suka nak menaik dan menurunkan cukai perkhidmatan dan bagaimana nanti kalau semua orang buat aduan kurang jualan kerana cukai perkhidmatan ini termasuk hotel dan “home stay” yang jualan ratusan ribu sahaja setahun.. Agaknya Abdullah Hj Ahmad bukan PM Malaysia tetapi PM Koboi Malaysia . Sebabnya kerana aduan itu hanya datang dari satu Restoran yang bernama Lotus, sebuah restoran bukan Islam milik orang Hindu tetapi pemilik atau towkey cukup baik dan bersahabat dengan Abdullah Hj Ahmad, dahulunya kesemua katering di rumahnya atau majlis hari raya dibekalkan oleh restoran Lotus. Tetapi sekarang kerana beberapa restoran mamak yang memang dikenali milik orang Islam seperti Pelita dan DeKayu telah menguasai pasaran, maka hasil jualan Lotus telah berkurang. Maka pemilik Lotus kerana ada hubungan dengan Abdullah Hj Ahmad membuat aduan dan itulah keputusannya. Kenaikan minyak ini yang menarik bukan kerana kenaikannya tetapi jumlah penjimatan itu ialah RM 13 Billion, makanya Abdullah Hj Ahmad masih lagi percaya dengan no 13, dan apa cara pun akan dicari no 13 bagi kesesuaiannya seperti berlaku di Sabah sejumlah 13 perkara disetujui terima. Wal-hal no 13 lah yang menyebabkan Barisan Nasional kalah tempoh hari bila dia dibubarkan pada 13hb Februari 2008. ini satu perangai pelik Abdullah Hj Ahmad, dia berfikir seperti datuknya yang ahli falak tetapi dia entah lah. Harga minyak sudah naik, ada yang untung dan ada yang rugi. Yang untung ialah pembekal minyak kerana minyak yang tersimpan dibeli dengan harga lama tetapi dapat dijual harga baru. Mana-mana orang yang bijak macam Scomi yang hubungan dengan Abdullah Hj Ahmad tentu sudah membeli minyak dengan Petronas harga-harga lama tapi sekarang mula dijual dengan harga baru. Itu sebab rakyat sejauh mana ada kebencian dengan Tun Dr Mahathir Mohamed tetapi dalam perkara nak tubuhkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih yang melibatkan Abdullah Hj Ahmad mesti disokong. Sebenarnya tidak perlu dinaikkan harga minyak di Malaysia , sebaliknya kita terpaksa mengurangkan peratus penjualan minyak mentah kita yang sedia ada, di mana minyak untuk kegunaan dalam negeri ditingkatkan kepada 70 peratus dan selebihnya untuk eksport. Tetapi sebaliknya jadi terbaliknya di mana minyak mentah kita di eksport hampir 80 peratus keluar negeri dan kegunaan dalam negeri hanya dalam purata 20 peratus. Maka kita terpaksa membeli dari luar negeri dan bila membeli luar negeri tentulah menggunakan kapal dan kapal itu milik Singapura yang dijenamakan dengan Scomi, maka dengan sendiri Malaysia sedikit sebanyak memberi makan kepada rakyat Singapura. Tetapi jika kita menjual minyak mentah kita, mana lagi hasil selain dari kelapa sawit. Hasil pembuatan kita sudah lama nazak hanya hendak tunggu mati sahaja. Kita tidak lagi menjadi pengeksport hawa dingin yang terkenal, semuanya sudah berpindah ke negera lain. Maka minyaklah sahaja untuk menampung kewangan bagi menyara hidup negara ini. Ini bertambah pula lagak Abdullah Hj Ahmad yang hendak hidup bergaya, semuanya hendak hebat termasuk kapal terbang eksekutif yang baru dan ubah suai rumah kerajaan menelan belanja berjuta ringgit. Kos sara hidup kerajaan memang sudah sedia tinggi dan dia terus bertambah tinggi kerana polisi-polisi yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad. Sebagai contohnya kenaikan usia bersara kepada 58 tahun kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Sepatutnya ada mekanisme bagi tujuan perlaksanaan mereka yang layak. Dari segi keperluan dan sokongan ketua jabatan di boleh seseorang bekerja hingga 58 tahun dan dia berada dalam keadaan sihat dan jawatan itu tidak boleh di isi oleh orang lain kerana tidak ada kemahiran atau seperti di Hospital, banyak alat kelengkapan yang dibeli dengan harga berjuta ringgit tetapi hanya seorang dua sahaja yang mengendalikannya, maka selagi tidak ada pengganti yang bertauliah, penjawat yang menjaga mesin itu boleh terus bekerja walau pun berusia 60 tahun jika dia sihat. Tetapi hari ini, semuanya pukul rata sehingga ke peringkat buruh am dan pemandu kereta dan sebilangan sudah mula sakit dengan kencing manisnya dan darah tinggi akhirnya banyak pejabat menyimpan sahaja mereka kerana tidak boleh digunakan tetapi kos gaji mereka meningkat setiap tahun, dan kos itu semuanya ditanggung oleh rakyat melalui berbagai cukai yang dikenakan. Ini cara fikiran ahli ekonomi yang drop out yang menjadi Menteri Kewangan.
Sang Kelembai: Kesian juga tengok cara berfikir orang Malaysia bila diberi tahu kenaikan harga minyak semua pergi membeli minyak sebelum jam 12 malam seolah-olah minyak yang dibeli tidak akan digunakan esok. Bukankah lebih baik setiap pengguna kereta sekarang kena bersikap macam cerita lucu ini: Bila orang Melayu beli kereta, dia akan tanya berapa laju kereta itu tetapi bila orang China hendak membeli kereta, dia akan bertanya berapa tahan kereta itu dan berapa jimat minyaknya tetapi bila sampai kepada orang India, dia akan tanya berapa banyak boleh isi penumpang? Yang mana satu anda? Melayu , Cina atau India atau bangsa Malaysia yang membeli kerana laju, tahan lama dan kurang minyak dan boleh isi satu keluarga
(Zaharin Mohd Yasin)

Tiada ulasan: