Kawan-kawan setia

Jumaat, 13 Jun 2008

Menepati hukum syarak jangan dilengahkan: Azizah Arifin TV3

JIKA bercakap mengenai isu bertudung dan TV3, Ezzah Aziz Fawzy merupakan pembaca berita pertama di stesen televisyen swasta berkenaan yang tampil dengan imej bertudung. Imej baru Ezzah sekitar tahun 1998 itu sememangnya mendapat reaksi yang positif daripada para penonton termasuk pimpinan TV3 sendiri. Baginya, bertudung ternyata tidak menghalangnya untuk membina karier yang lebih cemerlang bersama stesen TV swasta berkenaan. Keputusan Ezzah itu sedikit sebanyak membuka ruang kepada beberapa lagi personaliti TV3 yang kemudiannya mengambil langkah untuk mengenakan tudung di kepala. Terbaru, seorang lagi personaliti TV3 iaitu Azizah Ariffin tampil buat pertama kali di depan kamera dengan bertudung tatkala mengendalikan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran pada pukul 12.02 tengahari, 10 Jun lalu.
Ayu dan anggun sekali Azizah ketika itu yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 pada tarikh yang sama. “Sebetulnya, saya telah menetapkan sasaran untuk bertudung pada usia 40 tahun. Tetapi, Alhamdulillah, sasaran saya itu dapat dipercepatkan. Bagus juga, mana tahu usia tidak sempat mencecah 40 tahun. “Ramai juga yang terkejut tapi saya banyak terima komen positif,” katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis kesyukuran yang diadakan di rumahnya di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Menyambung bicara, bekas graduan jurusan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya ini menjelaskan bahawa jiwanya lebih tenang sebaik mengenakan tudung. Mendapat reaksi positif daripada pengurusan TV3, Azizah berkata, selain bertudung, dia berhasrat untuk menambahkan lagi perkara-perkara baik dalam kehidupannya. “Saya dan keluarga banyak pergi ke majlis-majlis ilmu dan ceramah agama. Usia pun makin meningkat. Oleh itu saya mahu menenangkan jiwa dengan perkara yang baik-baik,” katanya.

Tiada ulasan: