Kawan-kawan setia

Rabu, 25 Jun 2008

MStar: Harakah dibenar terbit semula 2 kali seminggu

PETALING JAYA24-06-2008 12:15:47 PM Oleh G. MANIMARAN
Harakah, organ terbitan PAS telah menerima kelulusan untuk diterbitkan dua kali seminggu. Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othaman ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya menerima surat kelulusan semalam, kira-kira tiga bulan selepas mengemukakan permohonan rasmi. "Ekoran keputusan pilihan raya umum ke-12, selepas lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat, kami mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran diterbitkan semula dua kali eminggu. "Kelulusan ini memperlihatkan sikap matang dan terbuka (kerajaan) dalam soal penerbitan," katanya. Harakah telah dilarang daripada diterbitkan dua kali seminggu sejak Mac 2000. Kata beliau, pengurusan akhbar itu akan memutuskan dalam waktu terdekat bagi menentukan bila ia akan diterbitkan semula dua kali seminggu. "Banyak perkara perlu diambil kira termasuk soal pasaran walaupun tiada masalah besar dari segi tenaga kerja. Kemungkinan kami akan menetapkan ia dikeluarkan setiap minggu sebelum menerbitkan dua kali seminggu," katanya. Kini ia diterbitkan dua kali sebulan pada harga RM2.50 senaskhah setebal 80 halaman. Menurut beliau, Harakah mempunyai edaran 250,000 setiap edisi, yang meningkat hampir dua kali ganda selepas pilihan raya umum lalu

Tiada ulasan: