Kawan-kawan setia

Khamis, 19 Jun 2008

Masih mempertahankan Islam Hadhari walaupun sudah ditolak umat Islam?

Fahami dahulu pelaksanaan Hadhari (Tok guru Hj Hadi dah menjelaskan Hadharah Islamiah bukannya Islam Hadhari, ini kes rasa terlebih ulamak)
KOTA BHARU – Pas hanya sebuah parti politik dan Islam pula adalah agama yang suci, kata Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mad Alwi Che Ahmad. Mad Alwi berkata, untuk Pas mengatakan bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas itu tidak betul. “Kertas kerja untuk pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari dibuat oleh beberapa Mufti dan timbalan Mufti termasuk Kelantan. “Pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ia umpama contoh perubatan moden dan tradisional,” jelasnya ketika ditemui di Pusat Pembangunan Mukim Kok Lanas dekat sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap pandangan beliau mengenai Islam Hadhari. Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Islam Hadhari adalah sesuatu yang karut dan UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari, sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di negeri ini. Menurut Mad Alwi, Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak memahami dan tidak cuba memahami perlaksanaan Islam Hadhari. “Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Islam agama yang diwahyukan manakala Pas pula ialah sebuah parti politik yang didaftarkan pada tahun 1951. “Islam Hadhari bukanlah satu ajaran, tetapi ia merupakan satu kaedah dan pelaksanaan. Sekiranya mufti mengatakan ia adalah satu pendekatan dan mampu menerimanya mengapa orang politik pula menafikannya,” katanya. Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari empat tahun lalu yang menekankan pendekatan ajaran Islam bagi mengeluarkan ummah daripada kemunduran. Islam Hadhari diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau menerajui pucuk pimpinan negara. Islam Hadhari dilancarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dalam melaksanakan pendekatan Islam secara menyeluruh

Tiada ulasan: