Kawan-kawan setia

Jumaat, 6 Jun 2008

Penangan 78 sen bahagian 2





Umum mengetahui, sebaik sahaja diumumkan petrol dan disel dinailkkan pada jam 6, serta-merta rakyat Malaysia gelisah tak ketahuan, macam mabuk, marah-marah kerana begitu tertekan dan terbeban dengan kenaikan yang dibuat. Seluruh negara mengalami kesesakan amat luarbiasa disetiap stesyen minyak. Di Kelantan khabarnya, sepanjang jalan Kuala Krai mengalami kesesakan, tak boleh bergerak kerana kebanyakan stesyen petrol terletak berhampiran jalan besar yang mempunyai laluan 2 hala kenderaan sahaja. Jadi bila kedua-dua hala jalan dipenuhi oleh kenderaan yang beratur ke petrol stesyen, kenderaan lain yang melalui jalan itu untuk ke destinasi lain juga terganggu sehingga ada yang bergurau, petang 4 Jun boleh tidur atas jalan, selamat dari gangguan kenderaan.

Berbagai kajian harga petrol dibuat oleh cerdik pandai, yang menunjukkan kenaikan ini sebenarnya tak sepatutnya berlaku. Dalam senyum kambing Utusan juga merayu pihak kerajaan supaya mempertimbangkan semula kenaikan ini. Anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir juga meminta kerajaan menilai semula keputusan itu dan berpendapat rakyat belum mampu menangani masalah kenaikan itu pada ketika kos sara hidup juga semakin meningkat. Mantan PM juga berkata, berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas, kerajaan sebenarnya mampu untuk mengekalkan subsidi bahan bakar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam analisis bisnes juga dikatakan inflasi akan meningkat mendadak melebihi 5% peratus bulan ini. Yang tentunya rakyat amat terbeban, bayangkanlah jika pada 4 Jun, dengan RM50 pengisian kita akan memperolehi 26liter, kini selepas 5 jun dengan RM50 kita hanya akan dapat 18liter sahaja. Ini belum lagi kita dengar impak pada kenderaan awam, lori-treler yang nak bawa barangan yang pastinya akan menaikkan kadar sewaan seterusnya tentu sekali akan dibebankan kepada kenaikan harga barang keperluan. Dikenalpasti kenaikan sewa lori ini akan mencecah 40% kenaikan. Beras, minyak masak, gula pastinya akan naiki lagi. Bagilah beribu-ribu amaran, siapa akan peduli kerana siapa mahu berniaga kalau rugi. Semalam juga kita menyaksikan IKKL indeks jatuh mendadak sehingga 30mata, yang menyebabkan ratusan ribu pemegang saham mengalami kerugian mendadak.

2 ulasan:

the hazim berkata...

AALHMADULILLAH, SAUDARA BOLEH JUGA AKHIRNYA MEMASUKKAN VIDEO DI BLOG INI. BOLEH SAYA BERTANYA, DIMANAKAH SERAMAH USTAZ ROSLAN MOHAMAED ITU? SAYA SANGAT MERINDUI BELIAU. BELIAU ADALAH TEMAN SETAMAN SAYA SATU MASA DAHULU

pasbangi berkata...

Ceramah kat surau ditempat saya