Kawan-kawan setia

Khamis, 5 Jun 2008

Penangan 78 sen





Gambar foto petikan dari beberapa akhbar tempatan



Petang semalam 4 Jun 2008 mempunyai sejarah tersendiri bila kerajaan mengumumkan kenaikan petrol dan disel. Kenaikan petrol yang tertinggi dalam sejarah negara ini meyebabkan seluruh negara dalam keadaan cemas. Dimana saja ada stesen minyak, kesesakan luar biasa berlaku, semata-mata kerana penangan kenaikan petrol 78sen. Banyak setesyen minyak kehabisan petrol (tak pasti benar atau akibat sorok). Semalam kita baru menyaksikan kehuatiran rakyat pada hanya satu kenaikan, apa lagi dengan akibat dari kenaikan minyak ini yang pastinya akan merebak kepada semua barangan pengguna. Kesan kenaikan harga beras masih terasa begitu menyakitkan, kini ia ditambah dengan kenaikan lagi....walLau A'lam apa akan terjadi kepada pengguna nanti

Tiada ulasan: