Kawan-kawan setia

Selasa, 1 Julai 2008

Siapa Saiful Bukhari Azlan?

beberapa keping foto diedarkan kepada media telah mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan, adakah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar?. Memang mengejutkan apabila foto-foto yang diedarkan, memberi gambaran terdapat hubungan sediada antara Saiful dengan Menteri Pelancongan, Menteri Pertanian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri. Foto-foto tersebut tidak dinyatakan lokasinya, cuma foto Saiful bersama Pegawai Khas TPM jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM itu sendiri, di bangunan Parlimen. Andaian yang boleh dibuat jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar selepas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, kemungkinan gambarnya bersama Pegawai khas TPM baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu. Daripada foto-foto tersebut, mencetuskan persoalan besar tentang wujudnya konspirasi terhadap imej politik DS Anwar Ibrahim. Ianya juga menunjukkan ianya "cah keting" pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan baru.

Tiada ulasan: