Kawan-kawan setia

Ahad, 13 Julai 2008

Anggota Parlimen dinasihat tidak bawa tetamu ke kawasan Parlimen

12/07/2008 4:51pm
KUALA KANGSAR 12 Julai — Kesemua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan Anggota Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen. “Saya telahpun menghubungi Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan juga kawasan Parlimen. “Keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Ngok, Beluru di sini hari ini. Beliau berkata langkah keselamatan tersebut terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat bahawa satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini.
- BERNAMA

Tiada ulasan: