Kawan-kawan setia

Selasa, 15 Julai 2008

Bernama: Anggota Parlimen Kesal Seorang Menteri JPM Sering Tidak Hadir Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen hari ini mempertikaikan mengenai ketidakhadiran seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat.Datuk Paduka Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas) yang bangkit selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham A. Aziz selesai menggulung perbahasan, menyatakan kesal kerana menteri itu, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga portfolio undang-undang kerap tidak hadir untuk menjawab soalan dan mendengar pandangan anggota Parlimen."Menteri kena hadir dan jawab...sudahlah dia tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum lepas, jika dia tidak jawab menunjukkan kredibiliti kerajaan menurun," katanya.Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau ada menerima notis daripada Zaid yang memaklumkan bahawa beliau kini berada di luar negara.Jawapan Dr Wan Junaidi itu, bagaimanapun tidak diterima Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang turut kecewa kerana suara Ahli Yang Berhormat amat penting untuk menteri mengambil sesuatu tindakan.Terdahulu, tiga menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggulung usul itu dengan menghantar jawapan bertulis kepada para anggota Parlimen manakala Amirsham menggulung perbahasan itu di dewan.Dr Wan Junaidi kemudian meluluskan usul Kajian Separuh Penggal RMK-9. Persidangan Dewan Rakyat disambung esok.-- BERNAMA

Tiada ulasan: