Kawan-kawan setia

Selasa, 8 Julai 2008

Cabaran Saiful atau mewakili Saiful

Kecoh seantero internet Saiful mencabar Anwar bermubahalah, betulke?. Cakap banyak tak guna, rakyat dah bosan dan kalau benar berani ambil tindakan segera. Menyembunyikan diri dan mengambil orang lain sebagai jurucakap, menulis di laman blog, tak meberi apa-apa impak kepada orang ramai. Orang ramai mahu melihat secara realistik dan gentleman, cabar Anwar bedepan bukan menyembunyikan diri balik kelambu dan berbisik sedia dicabar. Kes mubahalah ni sudah di komen oleh para alim ulamak, para mufti, jadi tak perlu lah di polemik panjang-panjang kerana rakyat masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk di beri perhatian umpamanya kenaikan minyak, kenaikan harga barang keperluan, kenaikan caj perubatan, isu pendidikan dan banyak lagi. Jadi singkat-singkatkanlah cerita-cerita peribadi sebegini, dan mulakan memberi tumpuan kepada isu-isu utama.

Tiada ulasan: