Kawan-kawan setia

Selasa, 8 Julai 2008

Joe Kidd: Londeh seluar perkara biasa, tak perlu minta maaf

Laporan MStar, PETALING JAYA: Alah bisa tegal biasa!
Mungkin itu kesimpulan yang dapat diambil dengan aksi tidak senonoh vokalis kumpulan underground, Carburetor Dung ketika membuat persembahan pada Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya petang semalam. "Dah lima tahun, kami menyanyi lagu Mari Menyanyi Menjilat dengan membuat aksi ini (melondeh seluar dan menonggeng punggung).
"Sudah jadi habit kami. Bukan niat kami untuk provokasi sesiapapun. Selama ini aksi itu sudah menjadi sebahagian dari act kami," kata Joe Kidd, ketua kumpulan dan pemain gitar Carburetor Dung ketika insiden vokalis Alak melondehkan seluar dan menonggeng punggungnya pada penonton di perhimpunan semalam. Mari Menyanyi Menjilat merupakan antara lagu kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada 1991. Carburetor Dung terdiri daripada lima anak muda - Alak (vokalis), Fendi (pemain bass), Joe Kidd (gitaris), Bullet (drum) dan Tom (gitaris). Kejadian itu berlaku pada pukul 6.50 petang, kira-kira tiga jam sebelum Ketua Umum Pakatan Rakyat berucap.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga berucap pada perhimpunan itu, yang menyasarkan kehadirna sejuta orang, yang bermula sejak pukul 10 pagi. Kata Joe lagi, lagu tersebut adalah satu satira yang menceritakan pasal korupsi yang berlaku di sekeliling. Bagaimanapun, Joe akur dengan reaksi penonton yang membelasah dan membaling objek ke arah Alak. "Kami lupa yang kami tidak sepatutnya membuat aksi tersebut di khalayak ramai di tempat terbuka. "Sebelum ini kami selalu buat persembahan di kelab tertutup dan gig tetapi tiada masalah dan mendapat bantahan daripada mana-mana. Mungkin sebab audiens kami lain. "Kami cukup kesal apa yang sudah berlaku kerana kami tidak sedar apa yang kami lakukan," jelas Joe lagi. Ketika ditanya, adakah mereka akan meminta maaf, Joe berkata, "Tidak.... kami tidak akan meminta maaf sebab kami tidak rasa bersalah. Bagi kami itu adalah perkara biasa."
Menurut Joe, Alak tidak berfikir panjang ketika membuat aksi spontan melondehkan seluar dan menonggengkan punggungnya. "Mungkin disebabkan kebiasaan, dia terus melakukannya. Bagi kami ini adalah perkara normal," kata Joe lagi. Joe berkata: "Kemungkinan besar yang meniup api kemarahan di kalangan penonton apabila lirik jilat..jilat itu kedengaran seperti liwat..liwat." Penglibatan Carburetor Dung sebenarnya adalah atas pelawaan penganjur Hishamuddin Rais, kata Joe. "Kami berbesar hati membuat persembahan ini secara percuma kerana kami memang ingin memberi hiburan kepada penyokong yang hadir dalam protes kenaikan harga minyak itu. Tapi tidak bermakna kami menyokong parti ini," jelas Joe. Menurut Joe lagi, Alak yang dibelasah oleh penyokong protes hanya mengalami bengkak di kepala. "Dia OK. Dia cuma mengalami bengkak di kepala akibat terhantuk...," katanya.

Tiada ulasan: