Kawan-kawan setia

Rabu, 23 Julai 2008

Kelantan memulakan pendaftaran SAR dengan Kementerian Pelajaran

KOTA BHARU: Kerajaan PAS negeri Kelantan menjangka semua 66 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu akan didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh selewat-lewatnya lima tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri akan terlebih dulu menilai sekiranya langkah pendaftaran 20 buah SAR yang akan dibuat dalam masa terdekat, mampu memberi kesan positif kepada kedua-dua pihak. Katanya kerajaan negeri akan mendaftar 20 buah SAR dengan Kementerian Pelajaran dalam satu majlis yang akan diadakan pada 12 0gos ini dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.“Untuk tidak membebankan kementerian, kami tidak tetapkan tempoh masa untuk mendaftar sekolah yang selebihnya, kami serahkan kepada mereka.
“Tapi kami harap (kementerian) tak ambil masa lama sangat untuk melaksanakan janji mereka, dalam empat hingga lima tahun boleh buktikan pendaftaran SAR beri kesan positif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz, di sini hari ini

Tiada ulasan: