Kawan-kawan setia

Selasa, 8 Julai 2008

Kembali kepada tradisi

Selepas PRU ke 12, terlalu banyak insiden berlaku terhadap Pakatan Rakyat, dan kelihatannya PAS yang menjadi mangsa. Mungkin juga setelah kejayaan besar tempohari ahli PAS sudah ada tanda-tanda lupa kepada perjuangan asal, perjuangan tradisi, menegak kalimah Allah di Malaysia yang tercinta ini. Insiden yang berlaku mungkin juga memperingatkan kita ahli PAS supaya kembali kepadaNya. Yang terbaru ialah insiden londeh seluar yang tidak ada dalam kamus pejuang PAS, telah berlaku dalam majlis yang disertai PAS, yang tentu sekali merupakan bola tanggung kepada musuh-musuh PAS dengan membelasah PAS semau-maunya, dari orang biasa sehingga menteri. Alangkah bahagianya mereka ini dapat membelasah PAS dengan begitu lahap sekali, hingga ada ahli PAS yang dah tak sanggup mengangkat muka kerana malu atas kejadian ini. Kejadian seperti ini bagi orang awam, biasa saja tiada apa yang pelik, dan dah saban tahun berlaku tetapi tidak pernah dihebohkan terutama oleh media. Tetapi bila berlaku dalam majlis PAS tentu sekali ianya amat luar biasa. Memetik kenyataan dari kumpulan yang kontroversi ini, aksi sedemikian bukan pertama bagi mereka, bahkan ianya adalah manifestasi terhadap penjiwaan lagu tersebut dan tak pernah mendapat reaksi begini dari penonton. Sepatutnya kumpulan ini menyedari, penonton dihadapan mereka pada hari itu bukanlah penonton biasa, tetapi pennton yang sudah ditarbiah dengan akhlaq yang tinggi, tiba-tiba dihidangkan dengan aksi lucah begini tentulah reaksinya berlainan. Itulah perbezaannya PAS dengan UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Bagi UMNO aksi begini biasa bahkan lebih dari ini pun tak menjadi beban bagi mereka. Tentu pembaca masih ingat kes tarian wanita separuh bogel dan lucah dipentas kempen UMNO dalam PRU 12 yang lalu, aksi dangdut di Terengganu bulan lepas, semuanya diterajui oleh UMNO tetapi tidak pernah menjadi isu. Bagi pejuang PAS, ianya satu perbuatan mungkar dan tidak boleh berkompromi. Walau macamana pun, kejadian sudah berlaku, tak boleh ditarik balik, jadi muhasabah diri, kembali kepada tradisi kita dan tetapkan setiakawan dengan kawan-kawan dari PKR, Kelab Penyokong, ambil pendekatan secara hormat menghormati mengenai sensitiviti antara satu sama lain.

Tiada ulasan: