Kawan-kawan setia

Selasa, 29 Julai 2008

Malaysiakini: Ezam teringin cabar Anwar di Kulim

Muda Mohd Noor Jul 28, 08 2:24pm
Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil.Bagaimanapun, beliau mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini."Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac diisytiharkan tidak sah.Mahkamah akan mendengar petisyen pilihanraya calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bulan depan.Dalam ceramahnya di Kulim malam tadi, ketua umum PKR menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding setelah penyandangnya Zulkifli Nordin menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau."Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu ini. "Terima kasih kepada Zulkifli yang menawarkan kawasan ini," kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majoriti 5,583 – beliau memperolehi 22,255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang. Bagaimanapun, Mohamad Ezam berkata pucuk pimpinan Umno akan menentukan sama ada beliau bertanding di kerusi itu atau seorang calon yang lain."Jika parti mahukan saya bertanding, saya sedia menerima dan mencabar Anwar di kawasan tersebut.Mohamad Ezam, yang juga bekas pemimpin angkatan muda PKR berkata, ramai pemimpin parti pembangkang itu di peringkat bahagian dan negeri kembali ke pangkuan Umno tidak lagi."Saya telah menerima panggilan dari pemimpin berkenaan yang kebanyakannya dari Sabah, Selangor dan Perak untuk kembali semula ke Umno," katanya.Mengenai hubungannya dengan pemimpin PKR, Mohamad Ezam berkata, masih ada yang masih bersahabat dengannya.Mengenai Anwar, Ezam berkata beliau akan mendedahkan rahsia bekas timbalan perdana menteri itu apabila tiba masanya."Ketika ini saya tidak mahu mendedahkannya kerana ia membabitkan maruah Anwar dan keluarga."Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tahu mengenai rahsia tersebut, sebab itu beliau mendiamkan diri apabila saya mencabarnya," katanya Iagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.

PAS berharap sangat pada kemenangan ANWAR .. amat memalukan !!ANWAR MENANG - PKR / DAP yang kuat. PAS dipijak-pijak!!! (Islam juga dipijak-pijak)

Lupakan ANWAR!! many faces !!!

saudara, selamat berjuang dan berkhidmat demi bangsa, agama dan negara.

wassalam