Kawan-kawan setia

Ahad, 20 Julai 2008

Mesyuarat Umno cawangan terpaksa dibatal

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Umno cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu, bahagian Wangsa Maju, yang dijadualkan berlangsung di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat semalam, terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.Ketua Umno cawangan merangkap pemangku Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Mejar (K) Datuk Zainal Nazeri Zainuddin, berkata mesyuarat kali kelima itu sepatutnya bermula semalam selepas perasmian serentak mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan minggu lalu.Bagaimanapun, mesyuarat itu dibatalkan kerana kehadiran anggota tidak memenuhi korum, iaitu 25 peratus daripada jumlah seluruh keahlian.Yang hadir ialah 68 anggota daripada 71 yang ditetapkan.
“Kita akan menunda mesyuarat itu ke tarikh lain, sejajar dengan peraturan Majlis Tertinggi Umno yang tidak membenarkan mesyuarat dijalankan jika korum tidak mencukupi,” katanya.
Umno cawangan itu mempunyai 281 anggota yang berbayar, selain satu daripada 40 cawangan dalam bahagian itu.Sebanyak 571 cawangan Umno di Wilayah Persekutuan mula mengadakan mesyuarat pemilihan masing-masing mulai 17 Julai hingga 24 Ogos ini. — Bernama

Tiada ulasan: