Kawan-kawan setia

Selasa, 29 Julai 2008

MStar:Polis nafi tahan doktor bantu siasatan, Anwar adakan sidang med

PETALING JAYA29-07-2008 01:41:57 AM Oleh G.MANIMARAN
Sebulan yang lalu negara dikejutkan dengan dakwaan meliwat terbaru, yang kedua dalam tempoh 10 tahun membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23. Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan seorang doktor yang didakwa oleh portal berkenaan.
Pagi ini Anwar dijadual mengadakan sidang media di ibu negara, dipercayai mengenai isu berkenaan.
Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim pula berkata, laporan perubatan yang 'bocor' dengan sendiri mengesahkan "apa yang kami percaya selalu - dakwaan terhadap Anwar tiada merit dan berunsur politik."
Kata beliau, pihaknya bimbang dengan tindakan polis menyiasat doktor berkenaan selama tiga hari dan keluarga pegawai perubatan harus diberi jaminan keselamatan dan perlindungan.
Ismail pula menambah, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahantahan seperti yang dilaporkan," kata beliau dipetik Bernama semalam.Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.
Ismail bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini yang mendakwa laporan perubatan pemeriksaan Mohd Saiful yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta tidak menunjukkan kesan liwat."Saya tidak mahu komen kerana siasatan kes itu masih berjalan," katanya.
Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sebelum membuat laporan polis, Mohd. Saiful telah mengunjungi Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak dan kemudian Hospital Kuala Lumpur.Pada 16 Julai lepas, Anwar ditahan selama kurang 24 jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes tersebut tetapi dibebaskan dengan jaminan polis keesokkannya.Ketika ditahan Anwar turut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan namun beliau enggan membenarkan darahnya diambil bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Anwar telah berkali-kali menafikan dakwaan tersebut manakala pelbagai pihak minta beliau membuat sumpah, yang turut dipersetujui Mohd. Saiful.Sementara itu, Majlis Peguam pula meminta penyiasatan terperinci dilakukan terhadap kes itu."Majlis menggesa mereka yang menjalankan penyiasatan kes itu melakukannya dengan betul dan profesional," kata Presidenya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan semalam.

Tiada ulasan: