Kawan-kawan setia

Khamis, 31 Julai 2008

Pas, DAP ikrar bantu Anwar di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Pas dan DAP menerima keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil di situ. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, kedua-dua parti Pakatan Rakyat itu akan mengerahkan jentera parti masing-masing untuk memastikan kemenangan Anwar, yang juga Penasihat PKR. Mereka mengakui telah dimaklumkan berhubung keputusan Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.
Dr Wan Azizah, 55, mengumumkan keputusannya pada persidangan akhbar di ibu pejabat PKR hari ini, yang turut dihadiri Anwar dan anaknya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah itu adalah sesuatu yang baik dan bijak. - Bernama

Tiada ulasan: